Thursday, October 29, 2009

cinta akhirat melebihi dunia

Dalam minggu peperiksaan ini ramai yang terlupa akan pergantungan kepada yang maha kuasa.. begitu juga keadaan diri ini jika tiada semangat ingat memperingati antara satu sama lain.sehinggakan ada yang menggangap setiap kejayaan berpunca semata-mata hasil usaha diri sendiri.

Hampir dua jam lebih saya membaca novel 'Khalid memburu syahid' terbitan PTS. Di dalam novel ini menceritan bagaimana khalid saifullah dan sahabat zait b. haritah, Jakfar dan Abdullah yang bergelar pahlawan tiga serangkai yang syahid semasa peperangan antara tetntera muslim dengan Rom. peristiwa ini terjadi berikutan pembunuhan wakil Rasullulah yang di bunuh oleh tentera Rom ketika diamanahkan oleh rasulullah untuk menyanpaikan risalah dakwah kepada raja ROm.Akhirnya tentera muslim diarahkan unttuk menuntut bela atas kejadian tersebut dan bermulalah pertembungan antar tentera muslim dan ROM. Semangat ridukan syahid menyebabakn sahabat yang menggangotai peperangan tidak gentar menghadapi musuh yang boleh dinisbahkan 1:70. zaid memegang erat panji islam sambil memegang pedang dibelah yang lain, menemui syahid dan digantikan dengan Jakfar ,Allahuakbar!!! laungan tauhid ini kedengaran untuk menaikan semangat jihat para perjuang. Seperti mana Zahid Jaafar lebih menyanyangi panji islam dari nyawanya sendiri. Tentera muslim berperang dengan bersemangat kerana syurga adalah idaman, manakala tentera musrik menyanyangi kehidupan dunia.

Sahabat rasulullah yang di janjikan syurga ini terut serta Syahid apabila badannya di tetak oleh pihak lawan sehingga terbelah. Mampukah kita para perjuang menlakukan perihal yang sama seperti sahabt rasulullah ini??? jaafar walaupun kedua belah tanggannya di tetak musuh namun masih lagi mampu memedang panji dengan menggunakan kedua2 tanggan yang kudung... " aku lebih mencintai panji Rasullulah dari nyawaku" itulah teriakan jaafar.. akhirnya amanah memimpin tentera muslim diambil oleh Abdullah dan diikuti pula Khalid Al Walid selepas ketiga2 pahlawan tiga serangkai syahid.

Mampukah kita umat Rasullulah pada zaman yang serba selesa ini membuat pengorbanan serupa ini? kepercayaan dan keyakinan mereka tulen tiada cacat dan cela.. nikmat di akhirat dan keredaan Allah lebih dicintai dari kesakitan di dunia yang hanyahanya sementara..

No comments:

Post a Comment