Monday, November 2, 2009

Dimanakah Diriku

Asalamualaikum, alhamdulillah sempat juga saya update blog walupun sedang sibuk mentalaah bersama-sama sahabat bagi menduduki final exam untuk sem ke3 ini.Hari ini saya hendak bawa kepada sahabt buku karangan ustaz Fathi Yakan yang bertajuk Bahtera Penyelamat bab terakhir bahagian D. bahtera alkhaufumin Allah, E.Bahtera Muragabatullah, F. Bahtera Hubbullah.

Dalam Bahtera Al-Khaufumin Allah menghindari pendakwah daripada takut kepada sebarang mahluk selain Allah Sabda Rasulullah

“Akulah yang palling takut kepadaAllah dari kalangan kamu”. Orang yang takut kpada Allah nescaya menghindari kemurkaanNya kerana rasa takut kepada Allah, malah akan terbit rasa berani & nekat untuk berjuang , tidak takut kepada musuh, ddan tidak takut menyatakan kebenaran.

Sabda Rasulullah:
“sesiapa yang takut kepada Allah nescaya semua orang akan takut kepadaNya, akan tetapi barang sesiapa yang takut selain Allah nescaya Allah akan menjadikannya takut kepada segala-galanya”

Apabila kita takut kepada allah kita akan sentiasa berwaspada dengan setiap gerak gerinya sendiri.saidina Umar pernah jatuh pengsan kerana takut kepada Allah selepas terbaca salah satu ayat dalam Al-Quran. Ibnu Abas ra pada suatu ketika dahuku ditanya taentang siapakah orang-orang yang takut (kepada Allah).beliau menjawab:’Mereka itu ialah orang2 yang gembira hatinya dengan rasa takut. Mata mereka sentiasa basah berlinangan’. Mereka berkata :’bagaimana kita boleh bersuka ria sedangkan maud di belakang kita dan kubur di hadapan kita… dan rasulullah pernah bersabda:

‘Kalau kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu akan kurangkan ketawa dan banyak menangis’

Perasaan takut haruslah seiringan dengan cinta yang akan menghasilkan perasaan raja’ iaitu pengharapan pada Allah. Pernah suatu katika Rasulullah sedang berjemaah bersama para sahabat tiba2 tercium bau hangit, setelah selesai solat Rasulullah ertanya kepada sahabatnya, tahukah kamu bau apa kah itu? Lalu sahabatnya menjawab rasulullal lebih mengatahui, lalu rasul menjawab bahwa bau itu adalah bau dari hati Saidina Abu Bakar yang takut kepada Allah lalu rasul bersabda bahawa tiada ada siapa yang dapat menandingi keimanan saidina Abu Bakar.

Dalam Bahtera Muraqabatullah adalan untukmenyelamatkan seseorang daripada daripada terjebak dalam sybahat, penyelewengan dan nafsu.kita kenalah sentiasa bermuraqabah kepada Allah iaitu ingat akan tilikan pandangan Allah kepada kita dengan itu kita akan sedaya upaya menutup lubang2 tempat meresap syaitan dalam hati.

Dalam sumber yang lain Terdapat 7 cara syaitan menyesatkan kita:
1)Syaitan menghalang kita dari melakukan kebaikan
2)Menangguhkan perbuatan kebaikan
3)Tergopoh gapah dalam melakukan kebaikan
4)Ada perasaan ria’ dan ujub
5)Membisikan supaya solat bersendirian
6)
7)Menyesatkan manusia dengan hakikat syurga dan neraka.


Abu Musa Al-As’ari ra pernah berkata :tiap2 sesuatu ada batas dan batas dalam islam ada 4:wala’ (Brhati2 dari segala syubahah),dan tawadu’(merendah diri) dan bersyukur, dan sabar, . Maka wala’ sendi utamadari segala sesuatu.Tawadu’ bererti bebas dari kesombongan,.
Nabi S.a.W pernah bersabda:

‘Andai kamu sembahyang sehingga bungkuk dan puasa sehingga kurus bagaikan senar , maka tidak tidak bergyna bagi kamu kecuali dengan wara’.

Abu Laits berkata tanda2 tanda wara’itu jika 10 pada dirinya:dalam Tanbihul ghafilin(Peringatan bagi yang lupa) jilid1&2, abdullaits assamarqandi- H. salim bahrejsy

1)Menjaga lidah dari ghaibar(menyebut kejelekan orang lain kepada orang lain)
2)meninggalkan su’udhdan(bersangka buruk)
3)Memejamkan mata dari yang haram’ katakanlah kepada oranng muk’min supaya sedikit memejamkan mata’
4)Meninggalkan mengejek(Menghina orang)
5) berkata benar
6) Mengingati nikmat allah pada dirisendiri supaya tidak sombong
7)Membelanjakan hartanya untuk hak,tidak menggunakannya untuk batil
8)Tidak mengharapkan kedudukan dan tidak sombonng
9)Menjaga waktu solat lima waktu dan mkesempurnaan.
10)Istiqamah dalam mengikuti sunnah rasul dan jamiatula muslim


Bahtera Hubullah adalah bahtera yang menyelamatkan kita para pendakwah daripada mabuk cinta dunia samaada nafsu mahupun hawa nafsu.Nabi Isa pernah berkata “Sesiapa yan menjadidunia laksana tuhannya nescaya dunia akan membuatkannya laksana hambanya. Manun orang yang hatinya terpaut kuat kepada tidak ada lagi ruang disuduthatinya untuk mencintai yang lain lebih daripada Allah sendiri dengan makna kata lain jika dia mencintai mahlluk Allah sekali pun semata2 kerana Allah.

Rassulullah pernah bersabda: ‘seseorang tidak akan mencapai darjat iman yang sebenar sehingga Allah dan Rasulnya lebih ia kasihi dari segala yang lain’. Bukti bila mana seseorang cinta terhadap Tuhannya ialah, dia merasa lazat beribadat kepadanya, gairah bermunajat dan tamak dalam melakukan amal ibadat.

‘Sesungguhnya, orang2 yang beriman dan megerjakan amal kebajikan, khelak Allah yang maha pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (di dalam hati mereka)’ mariam :96
Dalam satu sirah juga penah menceritakan bagaiman seorang begitu tekun dan gigih menagih perhatian Allah dengan melakukan ibadat sepanjang malam, misalnya Rabiatul Adawiah yang hidupnya semata2 untuk Allah, tinggl di tempat yang kecil yang ruangnya hanya cukup untuk solat menghadap Ilahi.

Beliau yang mabuk cinta kepada Allah mengerjakan Qiammulail sepanjan malam, dan bagi menunjukkan rasa terima kasih beliau menggantikannya dengan berpuasa keesokan harinya kerana dipilih bertemu dengan Allah pada malam tersebutDan pernah juga stu ketika Rabiaul Adawiah brpusa selama7 hari berturut2 kerana tiada makanan, dengan kehendak Allah beliau mendapat seketul roti namun dalam keadan billiknya yang gelap rotinya itu telah dimakan oleh seekor kucing, lantas rabiatul menangis dan meratap bahawa dia makan bukan untuk kenyang tapi untuk mendapatkan tenaga untuk beribadat kepada Rabbinya.. begitulah didikan ahli sufi kepada dirinya denngan ‘megosongkan perut’untuk menjaga diri.

Dalam sumber yanglain terdapat 4 cara untuk mendapatkan Cinta Allah
1)Rapat dengan Al-Quran
2)Zuhut keatas dunia(ambik dunia untuk kepentingan akhirat)
3)Qiamullail
4)Merenung ayat-ayat Allah