Saturday, February 19, 2011

Sn Ternak

Sedih rasanya bila manusia bebas berkata2, sehingga x mampu melihat kiri dan kanan mungkin ada yang terluka..Aku tetap dengan jalanku!!! kerana ku thu e2 lah cahaya paling terang di hadapanku.. Sukar untuk diperjelaskan kenapa ku berada di jalan ini... tapi hanya hati yg thu bertapa pedih dan lukannya girisan kata2 yg hadr dsebabkan perbezaan pemikiran kita,lantas menanbahkan jurang dalam perhubungan.. hakikat manusia bersaudara.. tapi berapa ramai yang mellihat??? Apakah perlu untuk kita menambahkan dosa dengan saling umpat menumpat??.. hebat sangatkah kita?? bukan kawan yg ditambah tapi musuh yang beganda bilangannya..

Hakikat kita insan yang sering melakukan dosa, tapi mengaa tidak kita cermin dahulu diri kita sebelum membuka pekung orang lain... Hai manusia ... Habuk dihadapan mata tidak akan terlihat oleh kita, melainkan orang disekeliling kta yang melihatnya dahulu.. manakan pokok bergoyang jika tidak kerana angin yang meniupnya... pahamlah... jika kita menjaga hati shabat kita nyescaya orang lain akan melakukan yang sama.. jika sebalikna.. hukum karma yang menjadi galang gantinya.

Monday, January 3, 2011

sajak ukuwah

Sahabat... kau datang tanpa ku pinta
kehadiran mu penguat duka
tanpa ku sedari inilah hadiah paling berharga
benar kata pujangga
Allah tidak memberi apa yang kita minta
namun Allah menghadiahkan apa yang perlu untuk diri kita

Sahabat..diri ini tidak meminta untuk di jaga
Tidak juga meminta untuk pengorbanan harta dan jiwa
Namun yang diharap hanyalah sekumit pengertian untuk kita sama2 melangkah ke gerbang syurga...

Sahabat..kasih sayang bukan dinilai dengan kata2
Tetapi perlu di selam sedalam dalamnya sehingga tiada yang terasa
kiriman Doa cukup sebagai penguat semangat yang kian kelam diulit dosa..

Monday, September 20, 2010

TEMAN

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan
hidupku Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O : Oh Tuhan Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina Ke akhirnya
Aku tidak kan berdaya

Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Wednesday, March 3, 2010

Kehidupan

kehidupan manusia ini sukar untuk di tafsirkan.. kadang2 di atas kekadang di bawah.. bagi ahli perniagaan, keuntungan adalah kehidupan untuknya, bagi pelajar, berjaya dalam pelajaran adalah kehidupan yang sepatutnya.. begitu juga pasangan kekasih.. setiap manusia ada definasi kehidupan masing-masing.. tapi adakah kita lupa disebalik segala aktiviti hidup kita ada yang memantau.. diri selalu leka dengan kesibukan yang diada-adakan sehingga lupa untuk meluang sedikit masa dan ketika untuk pencipta.. manusia mudah lupa kerana itu kita kene saling ingat menmperingati.. namun berapa ramai yang mempunyai sifat ini?? selain itu pula dalam scope kecil masyarakat yang saling memperingati itu, berapa ramai pula yang yang melarang pekara mungkar dengan kuasa yang dia ada?? masyarakat di akhir zaman ini berhadapan dengan pelbagai cabaran mehnah dan tribulasi...
Bukan itu sahaja orang yang dikatakan alim akan dicari-cari kesalhannya untuk dicanang oleh media-media yang x berbayar malahan , masyarakat yang sering melakukan maksiat ditakuti untuk ditegur malah dibiarkan menjadi kebiasaan... Keberanian para mujahid dan mujahidah di anggap sebagai jihad para pengganas.. mana mata hati orang mukmin ?? sudah tertutupkah dengan tompoh2 dosa sekeliling kit?? mana solat malam para mukmin.. sudah lupakah kita.. nyenyak malam akan berakhir dengan hembusan yang sia-sia... Hidup ini singkat dan dosa yang ada disekeliling kita sangat banyak sehingga perlu untuk kita pelihara dengan amal ibadat dan solat malam bagi mengelakkan tompok hitam itu menebal..

Monday, November 2, 2009

Dimanakah Diriku

Asalamualaikum, alhamdulillah sempat juga saya update blog walupun sedang sibuk mentalaah bersama-sama sahabat bagi menduduki final exam untuk sem ke3 ini.Hari ini saya hendak bawa kepada sahabt buku karangan ustaz Fathi Yakan yang bertajuk Bahtera Penyelamat bab terakhir bahagian D. bahtera alkhaufumin Allah, E.Bahtera Muragabatullah, F. Bahtera Hubbullah.

Dalam Bahtera Al-Khaufumin Allah menghindari pendakwah daripada takut kepada sebarang mahluk selain Allah Sabda Rasulullah

“Akulah yang palling takut kepadaAllah dari kalangan kamu”. Orang yang takut kpada Allah nescaya menghindari kemurkaanNya kerana rasa takut kepada Allah, malah akan terbit rasa berani & nekat untuk berjuang , tidak takut kepada musuh, ddan tidak takut menyatakan kebenaran.

Sabda Rasulullah:
“sesiapa yang takut kepada Allah nescaya semua orang akan takut kepadaNya, akan tetapi barang sesiapa yang takut selain Allah nescaya Allah akan menjadikannya takut kepada segala-galanya”

Apabila kita takut kepada allah kita akan sentiasa berwaspada dengan setiap gerak gerinya sendiri.saidina Umar pernah jatuh pengsan kerana takut kepada Allah selepas terbaca salah satu ayat dalam Al-Quran. Ibnu Abas ra pada suatu ketika dahuku ditanya taentang siapakah orang-orang yang takut (kepada Allah).beliau menjawab:’Mereka itu ialah orang2 yang gembira hatinya dengan rasa takut. Mata mereka sentiasa basah berlinangan’. Mereka berkata :’bagaimana kita boleh bersuka ria sedangkan maud di belakang kita dan kubur di hadapan kita… dan rasulullah pernah bersabda:

‘Kalau kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu akan kurangkan ketawa dan banyak menangis’

Perasaan takut haruslah seiringan dengan cinta yang akan menghasilkan perasaan raja’ iaitu pengharapan pada Allah. Pernah suatu katika Rasulullah sedang berjemaah bersama para sahabat tiba2 tercium bau hangit, setelah selesai solat Rasulullah ertanya kepada sahabatnya, tahukah kamu bau apa kah itu? Lalu sahabatnya menjawab rasulullal lebih mengatahui, lalu rasul menjawab bahwa bau itu adalah bau dari hati Saidina Abu Bakar yang takut kepada Allah lalu rasul bersabda bahawa tiada ada siapa yang dapat menandingi keimanan saidina Abu Bakar.

Dalam Bahtera Muraqabatullah adalan untukmenyelamatkan seseorang daripada daripada terjebak dalam sybahat, penyelewengan dan nafsu.kita kenalah sentiasa bermuraqabah kepada Allah iaitu ingat akan tilikan pandangan Allah kepada kita dengan itu kita akan sedaya upaya menutup lubang2 tempat meresap syaitan dalam hati.

Dalam sumber yang lain Terdapat 7 cara syaitan menyesatkan kita:
1)Syaitan menghalang kita dari melakukan kebaikan
2)Menangguhkan perbuatan kebaikan
3)Tergopoh gapah dalam melakukan kebaikan
4)Ada perasaan ria’ dan ujub
5)Membisikan supaya solat bersendirian
6)
7)Menyesatkan manusia dengan hakikat syurga dan neraka.


Abu Musa Al-As’ari ra pernah berkata :tiap2 sesuatu ada batas dan batas dalam islam ada 4:wala’ (Brhati2 dari segala syubahah),dan tawadu’(merendah diri) dan bersyukur, dan sabar, . Maka wala’ sendi utamadari segala sesuatu.Tawadu’ bererti bebas dari kesombongan,.
Nabi S.a.W pernah bersabda:

‘Andai kamu sembahyang sehingga bungkuk dan puasa sehingga kurus bagaikan senar , maka tidak tidak bergyna bagi kamu kecuali dengan wara’.

Abu Laits berkata tanda2 tanda wara’itu jika 10 pada dirinya:dalam Tanbihul ghafilin(Peringatan bagi yang lupa) jilid1&2, abdullaits assamarqandi- H. salim bahrejsy

1)Menjaga lidah dari ghaibar(menyebut kejelekan orang lain kepada orang lain)
2)meninggalkan su’udhdan(bersangka buruk)
3)Memejamkan mata dari yang haram’ katakanlah kepada oranng muk’min supaya sedikit memejamkan mata’
4)Meninggalkan mengejek(Menghina orang)
5) berkata benar
6) Mengingati nikmat allah pada dirisendiri supaya tidak sombong
7)Membelanjakan hartanya untuk hak,tidak menggunakannya untuk batil
8)Tidak mengharapkan kedudukan dan tidak sombonng
9)Menjaga waktu solat lima waktu dan mkesempurnaan.
10)Istiqamah dalam mengikuti sunnah rasul dan jamiatula muslim


Bahtera Hubullah adalah bahtera yang menyelamatkan kita para pendakwah daripada mabuk cinta dunia samaada nafsu mahupun hawa nafsu.Nabi Isa pernah berkata “Sesiapa yan menjadidunia laksana tuhannya nescaya dunia akan membuatkannya laksana hambanya. Manun orang yang hatinya terpaut kuat kepada tidak ada lagi ruang disuduthatinya untuk mencintai yang lain lebih daripada Allah sendiri dengan makna kata lain jika dia mencintai mahlluk Allah sekali pun semata2 kerana Allah.

Rassulullah pernah bersabda: ‘seseorang tidak akan mencapai darjat iman yang sebenar sehingga Allah dan Rasulnya lebih ia kasihi dari segala yang lain’. Bukti bila mana seseorang cinta terhadap Tuhannya ialah, dia merasa lazat beribadat kepadanya, gairah bermunajat dan tamak dalam melakukan amal ibadat.

‘Sesungguhnya, orang2 yang beriman dan megerjakan amal kebajikan, khelak Allah yang maha pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (di dalam hati mereka)’ mariam :96
Dalam satu sirah juga penah menceritakan bagaiman seorang begitu tekun dan gigih menagih perhatian Allah dengan melakukan ibadat sepanjang malam, misalnya Rabiatul Adawiah yang hidupnya semata2 untuk Allah, tinggl di tempat yang kecil yang ruangnya hanya cukup untuk solat menghadap Ilahi.

Beliau yang mabuk cinta kepada Allah mengerjakan Qiammulail sepanjan malam, dan bagi menunjukkan rasa terima kasih beliau menggantikannya dengan berpuasa keesokan harinya kerana dipilih bertemu dengan Allah pada malam tersebutDan pernah juga stu ketika Rabiaul Adawiah brpusa selama7 hari berturut2 kerana tiada makanan, dengan kehendak Allah beliau mendapat seketul roti namun dalam keadan billiknya yang gelap rotinya itu telah dimakan oleh seekor kucing, lantas rabiatul menangis dan meratap bahawa dia makan bukan untuk kenyang tapi untuk mendapatkan tenaga untuk beribadat kepada Rabbinya.. begitulah didikan ahli sufi kepada dirinya denngan ‘megosongkan perut’untuk menjaga diri.

Dalam sumber yanglain terdapat 4 cara untuk mendapatkan Cinta Allah
1)Rapat dengan Al-Quran
2)Zuhut keatas dunia(ambik dunia untuk kepentingan akhirat)
3)Qiamullail
4)Merenung ayat-ayat Allah

Thursday, October 29, 2009

cinta akhirat melebihi dunia

Dalam minggu peperiksaan ini ramai yang terlupa akan pergantungan kepada yang maha kuasa.. begitu juga keadaan diri ini jika tiada semangat ingat memperingati antara satu sama lain.sehinggakan ada yang menggangap setiap kejayaan berpunca semata-mata hasil usaha diri sendiri.

Hampir dua jam lebih saya membaca novel 'Khalid memburu syahid' terbitan PTS. Di dalam novel ini menceritan bagaimana khalid saifullah dan sahabat zait b. haritah, Jakfar dan Abdullah yang bergelar pahlawan tiga serangkai yang syahid semasa peperangan antara tetntera muslim dengan Rom. peristiwa ini terjadi berikutan pembunuhan wakil Rasullulah yang di bunuh oleh tentera Rom ketika diamanahkan oleh rasulullah untuk menyanpaikan risalah dakwah kepada raja ROm.Akhirnya tentera muslim diarahkan unttuk menuntut bela atas kejadian tersebut dan bermulalah pertembungan antar tentera muslim dan ROM. Semangat ridukan syahid menyebabakn sahabat yang menggangotai peperangan tidak gentar menghadapi musuh yang boleh dinisbahkan 1:70. zaid memegang erat panji islam sambil memegang pedang dibelah yang lain, menemui syahid dan digantikan dengan Jakfar ,Allahuakbar!!! laungan tauhid ini kedengaran untuk menaikan semangat jihat para perjuang. Seperti mana Zahid Jaafar lebih menyanyangi panji islam dari nyawanya sendiri. Tentera muslim berperang dengan bersemangat kerana syurga adalah idaman, manakala tentera musrik menyanyangi kehidupan dunia.

Sahabat rasulullah yang di janjikan syurga ini terut serta Syahid apabila badannya di tetak oleh pihak lawan sehingga terbelah. Mampukah kita para perjuang menlakukan perihal yang sama seperti sahabt rasulullah ini??? jaafar walaupun kedua belah tanggannya di tetak musuh namun masih lagi mampu memedang panji dengan menggunakan kedua2 tanggan yang kudung... " aku lebih mencintai panji Rasullulah dari nyawaku" itulah teriakan jaafar.. akhirnya amanah memimpin tentera muslim diambil oleh Abdullah dan diikuti pula Khalid Al Walid selepas ketiga2 pahlawan tiga serangkai syahid.

Mampukah kita umat Rasullulah pada zaman yang serba selesa ini membuat pengorbanan serupa ini? kepercayaan dan keyakinan mereka tulen tiada cacat dan cela.. nikmat di akhirat dan keredaan Allah lebih dicintai dari kesakitan di dunia yang hanyahanya sementara..

Thursday, October 22, 2009

Semangat yang Hilang

sebelum memulakan penghasilan blog ini, saya mengharapkan para pembaca dapat mengambil inti pati dari penulisan ini dan jika ada yang khilaf harap di perbetulkan.. Salam perkenalan..
Sebagai mukaddimah saya memeperingatkan diri saya dan kengkawan dengan nasihat yang sangat berguna dari lukmannul hakim, satu nama yang tidak asing di dalam Al-Quran

1. ... "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yg tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (QS Luqman: 12)

2. ... "Hai anakku janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah (syirik) adalah benar-benar kezaliman yang besar," (QS Luqman: 13)

3. ... (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu-bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (QS Luqman: 14)

4. ... dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (QS Luqman: 15)

5. “Hai anaku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi dan berada dalam batu atau di langit atau berada di dalam bumi, niscaya Allah akan mendatangkannya (membawanya) sesungguhnya Allah maha halus lagi maha mengetahui." (QS Luqman: 16)

6. “Hai anaku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (Allah)." (QS Luqman: 17)

7. “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.“ (QS Lukman: 18)

8. “Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keledai.” (QS Luqman: 19)

Moga tips2 nasihat ini dapat diambil sebagai benteng diri kerana diri lemah tanpa bantuanNya.